Tuesday, July 7, 2015

NOTA BUAT AYAH




20 RAMADHAN


Taman indah banyak merpati,
Merpati terbang ke sana sini,
Kasih datang setiap hari,
Sedih bertandang hilangnya seri.

Jam 7 ptg tadi, sedang aku mengupas kulit kentang, ibu terima panggilan telefon dari kilang tempat kerja ayah. Ayah sakit dan ambulan telah datang untuk membawa ayah pergi ke hospital. Aku pun cepat-cepat tinggalkan kentang yg ku kupas untuk bersiap ke hospital. Risau juga, sblm ini ayah pernah dibawa ambulan ke hospital kerana sakit tulang belakang ayah.

Ibu cepat2 mmbungkus lauk untuk berbuka di hospital. Adik lelakiku tlh pergi ke kilang dan menaiki ambulan bersama ayah. Sampai di wad kecemasan, ayah ditempatkan di zon kuning. Aku mnunggu diluar. Lama mnunggu..ayah dibawa untuk pergi xray. Adik kata ayah pengsan dipejabat. Kali ini ayah dibawa ke hospital bukan kerana sakit tulang belakangnya.

Adik kata ayah dehydration. Doktor cek jantung ayah agak lemah. Ibu kata insyallah ayah tak apa2. Aku xdapat lihat ayah tadi. Aku doakan supaya ayah baik-baik aje, xda ap yg serius.