Tuesday, July 7, 2015

NOTA BUAT AYAH




20 RAMADHAN


Taman indah banyak merpati,
Merpati terbang ke sana sini,
Kasih datang setiap hari,
Sedih bertandang hilangnya seri.

Jam 7 ptg tadi, sedang aku mengupas kulit kentang, ibu terima panggilan telefon dari kilang tempat kerja ayah. Ayah sakit dan ambulan telah datang untuk membawa ayah pergi ke hospital. Aku pun cepat-cepat tinggalkan kentang yg ku kupas untuk bersiap ke hospital. Risau juga, sblm ini ayah pernah dibawa ambulan ke hospital kerana sakit tulang belakang ayah.

Ibu cepat2 mmbungkus lauk untuk berbuka di hospital. Adik lelakiku tlh pergi ke kilang dan menaiki ambulan bersama ayah. Sampai di wad kecemasan, ayah ditempatkan di zon kuning. Aku mnunggu diluar. Lama mnunggu..ayah dibawa untuk pergi xray. Adik kata ayah pengsan dipejabat. Kali ini ayah dibawa ke hospital bukan kerana sakit tulang belakangnya.

Adik kata ayah dehydration. Doktor cek jantung ayah agak lemah. Ibu kata insyallah ayah tak apa2. Aku xdapat lihat ayah tadi. Aku doakan supaya ayah baik-baik aje, xda ap yg serius.

Tuesday, June 30, 2015

Menunggu drama M.A.I.D start

Lagi 3 minit M.A.I.D nak start... tak sabarnya tgok Aida Jebat dgn Zul Arifin...
tapi napa abg sado tu muka ketat je.. kalah encik sombong.. encik sombong tu mula2 je sombong... pastu dah suweettt je..  lambat pulak meletop ni nak habis... yes2 lg satu minit... hehehe ues dah start...



Mertabat Telur Cik Pelangi

Alhamdulillah, berjaya akhirnya aku buat murtabak telur ni. Tapi Chicken Butter xpat buat sebab ayam xda rupanya. hehe k la.. nak berbuka dah ni.. assalamualaikum

TAK NAK STRESSS NAK HAPPY JE....................




Dalam dunia pelangi aku ni.. aku nak kongsi yang indah-indah and yang happy-happy je taw.. yelah dekat sini lah aku dapat tenangkan jiwa kacau aku ni, tengok warna warni aku happy. aku nak share segala bnda yang boleh buat aku happy. 

Happy tak??? hehehe selain makan aku suka art and design. so nanti aku nak share macam-macam lagi kat dunia fantasi aku.

-HAPPY OF LIFE-

CURI TULANG

Tak menahan rasanya hai ni nak conteng banyak2 dalam blog. Usha menu diet atkin tadi, memang mudah-mudah rasanya, berasaskan ayam, telur, daging, ikan, udang, dan sayuran

Ok, menu berbuka aku jap lagi ialah..... 

BUTTER CHICKEN 

Butter chicken ni aku dapat resepi dari satu blog yang seakan-akan blog ABM tau, AKU BUKAN CHEF insyallah barang semua ada kat rumah so tak payah aku pening kepala cri bahan-bahan dia balik kerja nanti..

Takkanlan Butter chicken je kan.. ofcos aku nak try menu laindri  Blog AKU BUKAN CHEF iaitu...

MURTABAK ATKINS.......

Memang Best.. sebab semenjak puasa ni aku giler mertabak ni.. usha sikit gambar dari blog AKU BUKAN CHEF jom.


Ermmmm... semestinya lazat tak terkata.. terkeliuq ceq tgok makanan hehe haip.. tak baik bulan2 puasa ni tau.. dah nak sambung wat keje.. babaiiiiiiiiii..


Sunday, June 28, 2015

RANCANGAN TERGENDALA - GOOD NIGHT

Assalamualaikum..Hai Hai Hai..
Nampaknya kita hanya mampu merancang dan Allah yang tentukan hehe
apa taknya, rancangan nak buat samosa and bebola roti goreng ABM xdpt diteruskan ptg tadi sebab tiba-tiba ayah aku ajak berbuka di kampung dan menu telah bertukar kepada Nasi Ayam Ibu dan Roti John Ibu.

Dak abg pun ikut sama blk kmpung td.. suka betul dia. yelah ramai kawan dan first time aku tgok kematangan dia dlm berkwn wlupun umur bru nk msk 4 tahun. Umi syg abg sesangat.

Blk dri kmpung, aku ngn fmily p la Mydin...and aku nmpk sepasang bju yg nmpk smar utk abg.. aku pn tak pikir pnjg trus beli. dan harganya ialah RM21.90 tak pe lah bkn slalu.

Matapun makin mengantuk....jom tidur...I Love You....


Saturday, June 27, 2015

HARI BERGOLEK SEDUNIA

Ahad sudah datang.. aku masih kat atas katil lepas mandi. golek2 tanpa hala tujuan. Balas dendan sebab esok nak kerja da..


tapi aku da atur jadual ak nak buat apa.. hehe, nak buat samosa and nak pergi kedai cari bahan nak buat bebola roti goreng ABM..

Mood raya aku still tak ada lagi ni. macam mana ea. baju dah beli sebab takut tak ada saiz. tema xde aku just playsafe beli jubah hitam and tudung 2 tone hijaukuning. so sweet hehe... hand beg pun aku dah beli kat KipMart je.. gantikan Handbag Ft. Timber aku yang dah koyak tu.. nak beli Ft. Timber ni aku xmampu la... hari tu kerja dengan uncle aku bnyk jgk aku boleh joli.. skng ni gaji lebih ckit tp xmampu nak joli.

Aku ni mmg kaki perabih kan duit tp aku beringat jugaklah skrg ni.tu yang beli yang cikai2 je. Aku beli instant shawl satu hehe senang wat tukar2.

Baju Jubah Hitam = RM100
Tudung                  = RM25
Instant Shawl        = RM39.90
Handbag                = RM35

Total: RM200 la gitu kn.. giler.. kejap je duit aku da lesap.. mak aku kata pejamkan mata je.. kalau tak nnt aku lngsung xbeli pape. Betul gak kn. skrg ni tggu nk bli ksu je tp bab ksut tu tggu next gaji la ok.

BLOG: AKU BUKAN MASTER CHEF

 AKU BUKAN MASTER CHEF

Semenjak bulan Ramadhan ni.. aku suka pula search resepi kat blog.. and sebelum ni aku tak berapa minat nak memasak tapi tibe-tiba rasa nak sgt belajar resepi memasak.

Aku pun mula la search kat internet and aku ternampak satu blog yang sgt menarik.. Blog ABM ni betul2 buat aku tertarik. Resepi dia bukan je senang tp mmg menyelerakan. Tapi aku xpernah sempat nak try pun hehehe.

And paling aku nk try resepi istimewa ABM ni adalah resipi BEBOLA ROTI GORENG erm.. petang ni aku nak buat juadah ni utk berbuka. Tq ABM for the hot resepi ni.

BAHAN-BAHAN

12 keping roti (plain white bread) - potong kecil
2 biji telur - saiz besar
3 biji cili merah - dihiris
sedikit daun sup/bawang - dipotong pendek
1 biji bawang besar - kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis - ABM guna perasa ayam
3 sudu besar mayonis - ABM tambah
2 keping fishcake - dihiris kecil (ABM tambah)
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA

1. Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
3. Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
4. Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.

SALAM RAMADHAN KE 11 - 28HB JUN 2015


Buat kali keberapa aku pun xpasti.
tapi apa yang aku pasti aku cuba
mencari tempat meluahkan hati.

Aku ni bukanlah someone yg cantik dan punya rupa paras yang menawan dan tidak juga punyai tubuh badan yang anggun. Tapi, alhamdulillah Allah kurniakan aku seorang kekasih yang menerima aku seadanya. Maaflah kami masih belum ikatan yang sah. Kami menyemai kasih selama 5 tahun. Memang jarang bertemu. Jarak memisahkan kami.

Tiba masa kami perlu memikirkan hubungan kami ini untuk menjadi lebih serius. Si dia mula bertanya keluargaku tentang adat-adat perkahwinan masyarakat di sini kerana dia melihat adat disini lain dari adat dinegerinya.

Aku memang rasa berdebar. Betul ke si dia sudah semakin serius? Aku sendiri rasa terharu. Namun keluargaku bukanlah yang terlalu mengikut kehendak adat kerana kiranya diikut betul2 pasti memakan belanja yang banyak. Keluargaku sendiri bukanlah dari keluarga yang senang. Keluarga aku juga tidak mahu membebankan keluarganya.

Selama 5 tahun kami berkenalan, aku masih belum berkenalan bersama keluarganya. Akhirnya pertemuan telah ditetapkan untuk bertemu di hari raya nanti. Inilah pertemuan yang sangat mendebarkan. macam mana nanti kalau aku kena reject? Eee. peningnye aku pikirkan semua ni.

-PelangiCinta-