Saturday, June 27, 2015

SALAM RAMADHAN KE 11 - 28HB JUN 2015


Buat kali keberapa aku pun xpasti.
tapi apa yang aku pasti aku cuba
mencari tempat meluahkan hati.

Aku ni bukanlah someone yg cantik dan punya rupa paras yang menawan dan tidak juga punyai tubuh badan yang anggun. Tapi, alhamdulillah Allah kurniakan aku seorang kekasih yang menerima aku seadanya. Maaflah kami masih belum ikatan yang sah. Kami menyemai kasih selama 5 tahun. Memang jarang bertemu. Jarak memisahkan kami.

Tiba masa kami perlu memikirkan hubungan kami ini untuk menjadi lebih serius. Si dia mula bertanya keluargaku tentang adat-adat perkahwinan masyarakat di sini kerana dia melihat adat disini lain dari adat dinegerinya.

Aku memang rasa berdebar. Betul ke si dia sudah semakin serius? Aku sendiri rasa terharu. Namun keluargaku bukanlah yang terlalu mengikut kehendak adat kerana kiranya diikut betul2 pasti memakan belanja yang banyak. Keluargaku sendiri bukanlah dari keluarga yang senang. Keluarga aku juga tidak mahu membebankan keluarganya.

Selama 5 tahun kami berkenalan, aku masih belum berkenalan bersama keluarganya. Akhirnya pertemuan telah ditetapkan untuk bertemu di hari raya nanti. Inilah pertemuan yang sangat mendebarkan. macam mana nanti kalau aku kena reject? Eee. peningnye aku pikirkan semua ni.

-PelangiCinta-

No comments:

Post a Comment