Saturday, June 27, 2015

HARI BERGOLEK SEDUNIA

Ahad sudah datang.. aku masih kat atas katil lepas mandi. golek2 tanpa hala tujuan. Balas dendan sebab esok nak kerja da..


tapi aku da atur jadual ak nak buat apa.. hehe, nak buat samosa and nak pergi kedai cari bahan nak buat bebola roti goreng ABM..

Mood raya aku still tak ada lagi ni. macam mana ea. baju dah beli sebab takut tak ada saiz. tema xde aku just playsafe beli jubah hitam and tudung 2 tone hijaukuning. so sweet hehe... hand beg pun aku dah beli kat KipMart je.. gantikan Handbag Ft. Timber aku yang dah koyak tu.. nak beli Ft. Timber ni aku xmampu la... hari tu kerja dengan uncle aku bnyk jgk aku boleh joli.. skng ni gaji lebih ckit tp xmampu nak joli.

Aku ni mmg kaki perabih kan duit tp aku beringat jugaklah skrg ni.tu yang beli yang cikai2 je. Aku beli instant shawl satu hehe senang wat tukar2.

Baju Jubah Hitam = RM100
Tudung                  = RM25
Instant Shawl        = RM39.90
Handbag                = RM35

Total: RM200 la gitu kn.. giler.. kejap je duit aku da lesap.. mak aku kata pejamkan mata je.. kalau tak nnt aku lngsung xbeli pape. Betul gak kn. skrg ni tggu nk bli ksu je tp bab ksut tu tggu next gaji la ok.

BLOG: AKU BUKAN MASTER CHEF

 AKU BUKAN MASTER CHEF

Semenjak bulan Ramadhan ni.. aku suka pula search resepi kat blog.. and sebelum ni aku tak berapa minat nak memasak tapi tibe-tiba rasa nak sgt belajar resepi memasak.

Aku pun mula la search kat internet and aku ternampak satu blog yang sgt menarik.. Blog ABM ni betul2 buat aku tertarik. Resepi dia bukan je senang tp mmg menyelerakan. Tapi aku xpernah sempat nak try pun hehehe.

And paling aku nk try resepi istimewa ABM ni adalah resipi BEBOLA ROTI GORENG erm.. petang ni aku nak buat juadah ni utk berbuka. Tq ABM for the hot resepi ni.

BAHAN-BAHAN

12 keping roti (plain white bread) - potong kecil
2 biji telur - saiz besar
3 biji cili merah - dihiris
sedikit daun sup/bawang - dipotong pendek
1 biji bawang besar - kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis - ABM guna perasa ayam
3 sudu besar mayonis - ABM tambah
2 keping fishcake - dihiris kecil (ABM tambah)
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA

1. Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
3. Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
4. Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.

SALAM RAMADHAN KE 11 - 28HB JUN 2015


Buat kali keberapa aku pun xpasti.
tapi apa yang aku pasti aku cuba
mencari tempat meluahkan hati.

Aku ni bukanlah someone yg cantik dan punya rupa paras yang menawan dan tidak juga punyai tubuh badan yang anggun. Tapi, alhamdulillah Allah kurniakan aku seorang kekasih yang menerima aku seadanya. Maaflah kami masih belum ikatan yang sah. Kami menyemai kasih selama 5 tahun. Memang jarang bertemu. Jarak memisahkan kami.

Tiba masa kami perlu memikirkan hubungan kami ini untuk menjadi lebih serius. Si dia mula bertanya keluargaku tentang adat-adat perkahwinan masyarakat di sini kerana dia melihat adat disini lain dari adat dinegerinya.

Aku memang rasa berdebar. Betul ke si dia sudah semakin serius? Aku sendiri rasa terharu. Namun keluargaku bukanlah yang terlalu mengikut kehendak adat kerana kiranya diikut betul2 pasti memakan belanja yang banyak. Keluargaku sendiri bukanlah dari keluarga yang senang. Keluarga aku juga tidak mahu membebankan keluarganya.

Selama 5 tahun kami berkenalan, aku masih belum berkenalan bersama keluarganya. Akhirnya pertemuan telah ditetapkan untuk bertemu di hari raya nanti. Inilah pertemuan yang sangat mendebarkan. macam mana nanti kalau aku kena reject? Eee. peningnye aku pikirkan semua ni.

-PelangiCinta-